CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 9, 2009

Nurah's Farewell

Aghi ni td ado farewell untuk QC den, Nurrah. Dio dh berkhidmat sebagai QC kek TI selamo 5 taun. Den dongar dio dapek kojo kek Pej Polis Ampang Indah... emm.. kok ado apo2 problem sok leh la jumpo dio hehehe...

Menu lunch td leh tahan la sodap ea....

Nasi Beryani
Ayam Masak Merah
Udang Goreng Tepung
Kambing Kurma
Papedom
Dalca
Aiskrim
Air sirap---ni standet la

Semoga Nurah sukses dongan Jawatan baru ea ....

Saturday, July 4, 2009

Pilu....


Khamis; 2hb Julai 2009

Potang Khamis den dikojutkan dongan berita kemalangan 3 beradik di Simpang Talang/Purun.

Maso dapek berito tu den kek opis laie... time kojo.

Den ingat cumo eksiden biaso yo.... yo lah... eksiden moto...standed yo la bg den tapi bilo dibogitau yang terlibat dalam eksiden tu anak Anan anak cik Aziz, terpana yo den.. pulak tu eksiden tu sobabkan budak tu meninggal di tompek kejadian... so den pikir mesti serious bona tu...

Daghhi apo yang den tau 3 beradik tu baru balik dari sekolah SMDAS.. naik moto ber-3. Yang bawak moto abang ea, si kombar tu bonceng. Memang itu la rutin harian diorang gupo ea... poie balik sekolah mcm tu... Adik den koba, si abang ni nak potong moto dopan ea( pun naik moto ber-3 ) n dalam memocut tu tak sangko lak moto ke-2 tu nak belok ke kanan( nak balik gumah ea kek Purun-Kualo Serdang )... dek terbabas tu 3 beradik dari moto pertamo tu terlambung... akak(kombar) tu meninggal kek tompek kejadian disobabkan patah tongkuk ea--- kemungkinan terembat ko tiang topi jalan tu(tiang tu bengkok) ,adik(kombar) lak meraung kesakitan tertiarap kek jalan sementaro kaki ea dha twist ke dopan...tu yang sobabkan dio mengalami pocah usus dan patah kaki....abag lak tercampak topi jalan tapi masih sodarkan diri...maso tu dio tau yang si-kakak dah meninggal...

Apo yang adik den cakap, tak ado sorang pun orang yang datang bogi pertolongan... harapkan kawan2 yang samo2 balik dari sekolah tu yo. Mintak tolong dongan tokeh Alif hardware pun tak dipedulikan...binawee punyo manusio... Bukan mintak tolong apo pun..mintak tolong telepon kan ambulan/polis pun x maun deh...hampeh tul.

Akhir ea..ambulan sampai dah dokek sejam diorang bersabung nyayo kek situ...ambulan cumo bawak abang dan adik kombar tu yo...kakak yang meninggal tu dibiarkan konon kono tunggu polis. Polis Tanjung tu pun macam cilaks.... dokek pun tak datang2...mayat kakak dibawak ko hospital Pilah around jam 4.30potang... Cubo bayangkan... kejadian dalam kul 2.30potang...

Sampai kek spital adik kombar masih sodar laie... sompek la abg Anan tu jumpo adik kek ICU... adik pun sompek mengadu kesakitan sambil menangis...maso tu dio tau yang kakak ea dah meninggal... tapi lamo kelamaan adik tak boleh laie bertahan... dalam pado dio bertarung dongan kesakitan, ajal ea dah sampai... adik meninggal kek ICU...


Jenazah si-kombar selamat sampai kek gumah uan/atuk ea dalam kul 9.30 malam

Abang lak cedera teruk di kepalo... berlaku pendarahan di kepalo ea... pihak spital Pilah tak cukup kelongkapan nak merawat abang, so abang di bawak ke spital Somban... dalam perjalanan ke spital Somban abang masih sodarkan diri dan tau keduo2 adik ea dah meninggal... gupo ea Allah terlalu sayangkan abang... abang hombuihkan napas around jam 1pagi.


Al-Fatihah.... semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah....AMIN....



Kemalangan di simpang Purun/Talang tolah meragut 3 nyawadalam tempoh 12jam!!!!

Den tak konal pun dongan adik2 yang terlibat dalam kemalangan tu. Den cumo konal abg Anan yo... tu pun den tak tau lak dio ado anak kombar. Abg Anan ni baghu yo tinggal kek kampung...sebolum ni dio kek Perak. tapi sojak berpisah dongan bini ea dan dio lak kawen dongan orang lain, di bawak ea sekali anak2 ea... anak2 yang tinggal mo dio 4 orang...si-kombar,abang dan anak ea yang bongsu...8 tahun...sebayo mo anak den.

Walau den tak konal dongan diorang tapi den totap sodih dan menangih ibo mengonangkan kejadian tragis tu... yo la... den pun ponah mengalami kehilangan orang tersayang... tu pasal bilo kes2 macam ni copek yo merobeh ea...





Makan sedulang, menung
Oleh Nor Azmelia Azahariam@hmetro.com.my



ANGKAT...jenazah tiga beradik dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Kok Talang untuk pengebumian, semalam.



KUALA PILAH: “Minggu lalu, anak kembar saya asyik makan sedulang manakala abangnya tiga hari sebelum kejadian banyak termenung dan diam, tapi sebelum dia pergi sekolah pagi semalam (kelmarin) begitu mesra dan ceria berbual dengan saya,” kata Mohd Adnan Abdul Aziz, 44, bapa tiga beradik yang maut dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Kampung Talang-Purun, dekat sini, petang kelmarin.Dalam kejadian pada kira-kira jam 3.30 petang itu, Mohd Alif Ridzuan, 15, Nur Afiqah Mohd Adnan, 14, yang cacat penglihatan dan adik kembarnya, Nur Nabilah meninggal dunia selepas motosikal yang mereka naiki dipercayai bergesel sebuah motosikal yang dinaiki rakan lain.Nur Afiqah meninggal di tempat kejadian, manakala Nur Nabilah yang patah kaki kiri dan cedera pada anggota badan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini.Manakala, Mohd Alif Ridzuan yang menunggang motosikal terbabit meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), kira-kira jam 1 pagi semalam. Semua mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas tamat waktu persekolahan. Mohd Adnan berkata, dia sedih kehilangan tiga anak tersayang dalam sekelip mata, tetapi reda dengan ketentuan Ilahi.“Saya tidak pernah terfikir perkara buruk yang berlaku kepada tiga anak saya sehingga mendapat berita kemalangan membabitkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Dia menjaga ketiga-tiga anaknya itu selepas berpisah dengan isteri pertamanya, Kastura Khalid, 37, tahun lalu, manakala dua lagi, Mohd Azmil Reza, 17 dan Nur Nazarah, 8, dijaga Kastura.Kastura berkata, tidurnya tidak lena kerana asyik bermimpi didatangi beberapa lelaki dan perempuan berjubah putih seminggu sebelum kemalangan yang meragut tiga nyawa anaknya.“Saya sedih kerana tidak menyangka mimpi itu petanda saya akan kehilangan mereka,” katanya yang menguatkan diri datang dari Perak bersama Mohd Azmil dan Nazarah kerana belum sihat selepas menjalani pembedahan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Jaafar Baba, berkata tiga rakan mangsa yang menaiki sebuah lagi motosikal sebelum dipercayai bergesel motosikal mangsa bagaimanapun hanya cedera ringan.“Kami masih menjalankan siasatan mengenai kejadian ini dari semua aspek termasuk mengambil keterangan daripada rakan mangsa dan saksi kejadian,” katanya.Jenazah tiga beradik itu dimandikan di rumah neneknya dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Kok Talang di sini, pagi semalam.